Friday 20 April 2012

Doa - Habibi Mustofa صلى الله عليه وسلم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين

Ya Allah ya Tuhan kami, jadikanlah kalimah (فداك أبي وأمي يا رسول الله) sebagai slogan hidup kami sehingga hembusan nafas yang terakhir agar segala mehnah dan halangan dalam mempertahankan kedudukan NabiMu صلى الله عليه وسلم tidak melemahkan jiwa-jiwa kami malah jadikanlah ia pembayar semangat kami.
kami tidak mahi bai'ah kami pada ketika itu hanya sekadar aku janji yang bermain di bibir kami setelah Baginda صلى الله عليه وسلم memandang kami dan majlis kami pada ketika itu.

Berikanlah kami kekuatan ya Allah untuk menggembleng seluruh jiwa raga kami hatta nyawa kami sebagai galang gantinya. Kami tidak mahu menjadi umat NabiMu صلى الله عليه وسلم yang gagal dan hanya mendakwa mencintainya sebaliknya perbuatan dan perkataan kami menjadi fitnah kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
Akan tetapi ya Allah, kurniakanlah  kami taufiq dengan kurniaan dan sifat RahimMu untuk melaksanakannya dengan perbuatan, gerak-geri, perkataan dan lintasan hati kami.

Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami untuk memahami hakikat sebenar perjuangan meninggikan kedudukan Baginda صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang diredhai oleh Nabi صلى الله عليه وسلم dan diperjuangkan dan difahami oleh Syeikh kami, bukannya menurut kefahaman akal fikiran kami yang lemah dan jiwa kami yang kotor ini, yang menyebabkan mata hati kami terhijab untuk memahaminya dengan keberkatan Baginda
صلى الله عليه وسلم.

Zahirkanlah segala ujian, halangan keluarga, harta benda, kekangan masa hanya kecil dan remeh di mata kami berbanding amanah besar dan tanggungjawab suci yang kami galas ini. Setelah mana, kami mengambil bai'ah untuk memperjuangkan NabiMu صلى الله عليه وسلم dan menjadikan kalimah (فداك أبي وأمي يا رسول الله) sebagai azimat bagi kami.

 وصلى الله علي سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

*ini merupakan doa kami memohon kurniaan Allah dan meletakkan ibu bapa sebagai galang ganti demi kekasihMu Rasulullah  صلى الله عليه وسلم.

~dinihari~

Sedih melihat keadaan anak-anak muda yang bergaul antara lelaki dengan perempuan tanpa ada batasan. Duduk makan semeja sebelah menyabelah antara lelaki dengan perempuan. Berbangga dengan apa yang mereka lakukan. berpelukan di khalayak ramai, berpegangan tangan, gelak ketawa bersama-sama. Pada usia sebegitu muda, mereka telah tiada nilai diri, maruah diri, mereka tidak pernah berfikir mengenai diri mereka, ibu bapa tidak merasa risau dengan anak-anak yang masih belum pulang. Sedangkan anak-anak lain telah selamat tiba di rumah mereka.

*dari pemerhatian tadi, dapat saya ambil pengajaran dan bersyukur kerana berada pada tempat yang baik, di bawah perlindungan Allah. Alhamdulillah



Wednesday 25 January 2012

~Wahai Pembawa Berita Ghaib~

bismillahirrahmanirrahim

WAHAI PEMBAWA BERITA GHAIB!
KAMI BERLINDUNG KEPADAMU;
WAHAI PENGUBAT HATI!
SELAWAT SENTIASA DIUCAPKAN KE ATASMU.

Engkau bukti tanda keagungan Allah;
Di dalam susunan alam yang indah;
Semua nikmat dikecapi ini;
Mengalir darikedua belah tanganmu.

Engkaulah ruh segala kewujudan ini;
Perbendaharaan segala kurniaan dan kemurahan Allah;
Di dalam Maqam Syuhud;
Segala kelebihan berada di sisimu.

Engkaulah Toha, Rasulullah SAW;
Mahkota Ahli Qabul (orang-orang soleh).
Seluruh kesusahan akan lenyap;
Dengan bersandar kepadamu.

Ke atasmu aku ucapkan salam kesejahteraan;
Wahai Rasul sekalian manusia;
Selama orang yang rindu mengingatimu;
Dengan berselawat ke atasmu.

dipetik dari Ringkasan Sirah Nabawiyyah
oleh Abdur Rahman ibn Daiba'i

Monday 23 January 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang"
Sabda Rasulullah SAW : 
  • Perkara yang tidak dimulai dengan "بسم الله الرحمن الرحيم" maka terputus akan Rahmat Allah (keberkatan).
  • Pentingnya basmalah pada setiap peerbuatan (wudhu',makan,sembelihan dll)
  • Sesuatu benda yang besar yakni agung adalah basmalah
  • Kita tiada rasa apa-apa  apabila sebut nama Allah adalah kerana kemungkinan hati kita kotor.
  • Ikhlaskan hati, InsyaAllah hati akan bersih (sebelum menuntut ilmu, hati mesti bersih[niat] supaya mudah untuk terima ilmu)
  • Solat Taubat-agar ilmu yang diterima bermanfaat
  • "الرحمن dan الرحيم" merupakan sifat Allah yang (kasih-halus)
  • buat sesuatu dengan الرحمن dan الرحيم Allah
  • "الرحمن" adalah Rahmat (kasih sayang Allah yang sangat halus)

والله أعلم

Friday 20 January 2012

~nasihat walidku~

Bismillahirrahmanirrahim~
di dalam kuliah malam bersama walidi Syeikh Muhammad Fuad tanggal 8Jan12 bersamaan 14 Safar1433-
Nabi SAW menegaskan begitu juga para sahabat (Abu Hurairah) supaya memuliakan ahli ilmu. 
Ini merupakan wasiat Rasulullah agar menjaga dan memelihara ahli ilmu, ini kerana keluarnya ahli ilmu dari rumahnya dengan niat untuk menuntut ilmu sudah cukup baginya mendapat inayah daripada Allah.
" sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu maka dia menempuh jalan ke syurga " 
Malaikat akan merendahkan sayapnya tatkala melalui laluan ahli imu, tidak sepatutnya mereka berada di atas ahli ilmu kerana ahli ilmu orang kedua mulia selepas para Nabi dan Rasul dan membolehkan ahli ilmu itu melalui di atas sayapnya. Selain itu, berkhidmat dengan ahli ilmu merupakan perkara yang mulia. Rasulullah sendiri tidak pernak menolak hajat orang yang ingin menuntut ilmu dengan baginda.