Bismillahirrahmanirrahim~
di dalam kuliah malam bersama walidi Syeikh Muhammad Fuad tanggal 8Jan12 bersamaan 14 Safar1433-
Nabi SAW menegaskan begitu juga para sahabat (Abu Hurairah) supaya memuliakan ahli ilmu.
Ini merupakan wasiat Rasulullah agar menjaga dan memelihara ahli ilmu, ini kerana keluarnya ahli ilmu dari rumahnya dengan niat untuk menuntut ilmu sudah cukup baginya mendapat inayah daripada Allah.
" sesiapa yang menempuh jalan menuntut ilmu maka dia menempuh jalan ke syurga "
Malaikat akan merendahkan sayapnya tatkala melalui laluan ahli imu, tidak sepatutnya mereka berada di atas ahli ilmu kerana ahli ilmu orang kedua mulia selepas para Nabi dan Rasul dan membolehkan ahli ilmu itu melalui di atas sayapnya. Selain itu, berkhidmat dengan ahli ilmu merupakan perkara yang mulia. Rasulullah sendiri tidak pernak menolak hajat orang yang ingin menuntut ilmu dengan baginda.
No comments:
Post a Comment